Saturday, September 20, 2008

tidak kaya : kurang kaya : sederhana kaya atau kaya raya ??

jika ada pilihan boleh disusun atur, tiada yang ingin memilih tidak, kurang atau sederhana kaya. Pasti pilihan semua ingin jadi kaya raya atau cukup dengan kaya tanpa raya. jika ditanya pada aku, hati bernafsu pasti juga menginginkan status tertinggi dalam susun atur darjat manusia ini. Tapi jika hati murni menjawab, cukuplah menjadi seorang yang memiliki sesuatu yang diinginkan tetapi masih lagi perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Tak perlu goyang kaki. Terlalu mudah! Status kaya raya itu sudah cukup banyak laluan bengkoknya. Kaya raya juga buat nafsu semakin kaya untuk lebih kaya sehingga lupa memandang apa yang ada di bawah, belakang dan kekadang tertutup mengingati Yang Teratas. Bukan semua. Bukan sedikit..dari sujud pagiku hingga malamku, tak pernah ku berdoa, "Ya Allah, jadikanlah aku kaya raya". Cukuplah sekadar "Ya Allah murahkanlah rezeki ku". Tapi tiada yang salah untuk jadi kaya raya, cuma laluan itu mesti dilalui dengan lurus. Bukan bengkang yang berbengkok. "Hidup indah terpayung awan, hidulah sama rumput di bumi". Berhenti setakat ini, bersambung jika esok masih punya waktu. Titik.
lufiaysirhab (macam bagus) 1155am

1 comment:

Anonymous said...

salam..
mmg drdulu lg teman kenal kome semua...
mmg xberubah pn walau dh sampai tahap yg mcm ni...
.ajid.