Friday, January 30, 2009

kebas

Photobucket
sekadar gambar hiasan

seperti selalunya, bila habis je musim 'orang kawen', aku, waq & gondo akan melalui musim kebas tangan demi menyiapkan album-album pelanggan yang pasti ingin dikebaskan hati mereka bila menatap hasilnya nanti. macam-macam dugaan harus kami tempuhi. kebas telinga setiap kali suara sumbang berkumandang dari pusat karaoke 'manusia sebangsa' yang tak kenal siang atau malam, waktu solat atau bukan. yang penting mereka gembira tatkala kami derita. kebas mulut menyumpah seranah maki hamun semuanya untuk mereka. nasiblah corong 'altec lansing' dapat menutup segala bunyi-bunyian sumbang itu. kami dikejar masa. tidur malam termimpi-mimpi. macam-macam. cuma jangan mimpi dipatuk ular sudah. tak rela dipinang lagi. buat semua pelanggan kami, atas sabar dan sokongan terhadap kami, yang terbaik pasti menanti untuk hidangan kamu semua. jari tangan ini rela dikebaskan. cukup untuk kali ini. bersambung jika perlu.ciao..
-EPOI 1819HRS

2 comments:

gondo said...

betui...betui..betui...

syuk said...

hebat
lama aku tidak ke sana